suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gabenor Bank Pusat Bulgaria Sedia Letak Jawatan

Ivan Iskrov.

SOFIA: Gabenor Bank Pusat Bulgaria, Ivan Iskrov pada Sabtu berkata, beliau bersedia untuk meletakkan jawatan sekiranya terdapat sokongan yang mencukupi di parlimen buat penggantinya.

Parti pemerintah, GERB mencalonkan pakar ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Dimitar Radev untuk mengambil alih jawatan di bank pusat itudalam usaha untuk memulihkan kepercayaan pada sistem perbankan berikutan kejatuhan Corporat Commercial Bank di negara berkenaan tahun lalu. 

"Parti GERB telah mencalonkan calon yang cukup baik dengan pengalamannya dalam kewangan," kata Iskrov kepada pemberita di luar acara forum IMF di Sofia.

"Adalah tidak penting sama ada saya meluluskan pencalonan itu atau tidak, apa yang lebih penting adalah sokongan yang cukup buatnya."

Penggal kedua Ikrov sebagai Gabenor Bank Pusat Bulgaria berakhir Oktober ini.

Ikrov yang memegang jawatan itu buat penggal kedua selama enam tahun berkata, beliau sudah beberapa kali bersedia untuk meletakkan jawatan sebelum ini sekiranya terdapat konsesus politik mengenai siapakah yang akan menggantikannya. 

Bagaimanapun kali ini buat pertama kalinya beliau bercakap mengenai perkara itu sejak pencalonan Radev. - REUTERS

Ivan Iskrov

Artikel Lain