suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Buat Tindakan Betul Dalam Insiden Shangri-La - Menteri Pertahanan S'pura

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen menegaskan polis melakukan tindakan yang betul dalam kejadian pagi Ahad berhampiran Hotel Shangri-La.

Pihak polis sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan insiden seperti itu yang mana dilihat boleh mencetuskan keganasan, katanya.

"Insiden itu terpencil dan berkait dengan dadah, tetapi polis melakukan tindakan yang betul, sentiasa berwaspada kepada perkara yang boleh menjadi satu plot pengganas," katanya menerusi Facebook pada Ahad.


Persidangan keselamatan tahunan The Shangri-La Dialogue yang sedang berlangsung di hotel tersebut berjalan lancar.

Kejadian pagi Ahad, melibatkan tiga orang lelaki yang tidak mengendahkan amaran polis untuk menghentikan kereta mereka bagi pemeriksaan.

Polis melepaskan tembakan ke arah kenderaan dan menembak mati pemandu warga Singapura berusia 34 tahun.

Dua penumpang lelaki di dalam kereta, kedua-dua warga Singapura ditangkap. Polis berkata, bahan dipercayai dadah ditemukan pada seorang lelaki yang ditahan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain