suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

China Lancar 'Perang' Rokok

China menguatkuasakan larangan merokok yang lebih ketat bermula 1 Jun.

BEIJING: Bermula 1 Jun, China melancarkan larangan merokok di semua restoran, bar, selain pejabat dan pengangkutan awam serta sekolah dan hospital di seluruh negara itu.

Larangan itu dikuatkuasa bagi mendidik rakyat negara itu membabitkan semua lapisan masyarakat dan pelbagai latarbelakang mengenai gaya hidup sihat.

Dianggarkan 300 juta rakyat China merokok dan peraturan ini dijangka memberi kesan minimum, malahan sukar mengubah gaya hidup masyarakat negara itu.

Reuters melaporkan, individu yang melanggar peraturan berkenaan termasuk merokok berhampiran kawasan sekolah dan hospital akan dikenakan denda 200 yuan (RM118).

Pihak yang dikesan melakukan kesalahan tersebut sebanyak tiga kali, nama mereka akan dimuat naik di laman web kerajaan.

Pengusaha perniagaan pula boleh dikenakan denda sehingga 10,000 yuan (RM5,910) sekiranya gagal menghalang pelanggan merokok dalam permis mereka.

Selain itu, Kementerian Kesihatan China juga mengarahkan kedai pada jarak 100 meter dari sekolah rendah dan tadika tidak lagi dibenarkan menjual rokok.


China, rokok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain