suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nahas Roller Coaster: Operasi Permainan 'The Smiler' Mungkin Ditamatkan

PENGURUSAN taman tema Alton Towers di England dilaporkan akan mempertimbangkan untuk menamatkan operasi roller coaster 'The Smiler' berikutan kemalangan membabitkan permainan itu pada Selasa lalu.

Portal Mirror melaporkan timbul dakwaan untuk menghentikan operasi permainan itu demi kebaikan selepas kemalangan tersebut mengakibatkan empat orang cedera parah.

Ia susulan selepas seluruh taman tema di Staffordshire, England akan ditutup sementara sehingga siasatan lengkap dilakukan mengenai punca kejadian.

Dilaporkan seramai 16 orang cedera dalam kemalangan di Alton Towers apabila gerabak 'roller coaster' yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lagi gerabak kosong yang ketika itu sedang menjalani ujian pemeriksaan.

Kumpulan penyiasat dari agensi keselamatan dan kesihatan sedang menjalankan siasatan yang kini memasuki hari ketiga bagi memeriksa setiap bahagian permainan di taman tema itu.

Seorang jurucakap Alton Towers mengesahkan penutupan sementara taman tema itu pada Jumaat berikutan agensi keselamatan dan kesihatan masih berada di lokasi kejadian. - MIRROR

Artikel Lain