suria

Isteri 'ajar' perempuan tak tahu malu... Main cubit perut, pegang suami orang di bazar - “Sorry, kami memang macam ni”

Wanita bergelar isteri pasti tidak selesa melihat perempuan lain menyentuh suaminya. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi situasi tidak selesa melibatkan rakan sekerja suaminya yang berstatus isteri orang.

Menurut wanita berkenaan, rakan sepejabat berkenaan terlalu mesra dengan suami apabila tiba-tiba datang dan mencubit perut serta memegang lengannya.

Apa yang mengejutkan, dia langsung tidak rasa bersalah atau segan melakukan perbuatan sedemikian di tempat awam, di mana ketika itu mereka terserempak di bazar Ramadan.

Para pekerja perlu tahu batas ketika berkomunikasi berlainan jantina. -Gambar hiasan AIPara pekerja perlu tahu batas ketika berkomunikasi berlainan jantina. -Gambar hiasan AI

"Dengan tiada rasa hormat selamba perempuan tu cakap 'oh sorry kami memang macam ni'.

"Saya nampak laki dia datang tegur, terus saya pun buat benda yang sama. Saya kata apa kau rasa bila laki kau perempuan lain sentuh, cubit, tepuk tampar?

"Dekat suami sendiri pun saya kata, abang rasa apa bila bini abang buat benda ni dekat suami orang?" kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru seminggu kenal, rakan pejabat mesej panggil ‘princess’ sebelum tidur… Dasar lupa diri ada anak isteri!

ARTIKEL BERKAITAN: Firasat isteri tepat, ada perempuan gatal cuba sondol suami di ofis... Baik lain macam, akhirnya luah rasa cinta

Tambah wanita itu, selepas insiden tersebut dia terus meninggalkan bazar dengan memandu sendiri kereta.

"Suami saya balik naik Grab tapi saya tiada di rumah. Saya berbuka kat hotel. Balik je rumah nampak juadah atas meja.

"Saya buat tak tahu dan suami pujuk lebih dua jam. Saya terangkan kat dia apa yang saya suka dan apa saya tak suka," katanya.

  • Seorang wanita tak selesa apabila rakan sekerja mencubit dan memegang suaminya di bazar.
  • Dia membalas perlakuan itu pada suami wanita terbabit sebagai pengajaran.
  • Wanita itu tinggalkan suami dan berbuka sendirian di hotel.
  • Mereka berbincang dan luah perasaan selepas kejadian.
  • Kini suami lebih matang dan tahu jaga batas pergaulan.

Kini, selepas 10 tahun berkahwin, wanita itu meluahkan rasa syukur melihat perubahan suaminya yang lebih matang dan tahu menjaga batas dengan rakan sekerja.

“Lelaki ni hidup dia mudah je. Daripada nak jeling-jeling ke apa, baik terus tegur," katanya.

Para suami perlu segera memujuk isteri bagi mengelak masalah rumah tangga menjadi semakin buruk. -Gambar hiasan AISuami perlu segera memujuk isteri bagi mengelak masalah rumah tangga menjadi semakin buruk. -Gambar hiasan AI

Bagi netizen, mereka berpuas hati dengan cara dan pendekatan wanita tersebut ketika berdepan situasi sedemikan.

"Bagus, tindak balas awak memang cepat, puas hati kalau dapat buat macam ni.

"Perempuan tu memang tak reti malu dengan isteri orang ke, memang patut kena ajar macam tu," katanya.

Artikel Lain