PENGORBANAN seorang bapa kadang kala tidak terlihat dengan mata kasar, namun cukup besar nilainya buat anak-anak.
Demi memastikan keluarga hidup senang, seorang bapa sanggup menanggung beban hutang tanpa pernah mengeluh, asalkan anak-anak memiliki tempat berteduh yang selesa.
Itulah luahan menyentuh hati seorang individu apabila berkongsi kisah arwah bapanya yang berhutang sehingga terpaksa mendapatkan bantuan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mengurus semula kewangan.
Rumah merupakan aset yang memerlukan perancangan kewangan yang teliti. -Gambar hiasan
“Aku teringat dekat arwah ayah aku. Bapa aku ni memanjang tak ada duit. Bila dapat gaji je, lepas 10 hari macam tu confirm tak ada duit, padahal dia pangkat besar juga dalam sektor kerajaan.
“Bayangkan kalau nak lunch terpaksa cari kedai yang terima kad kredit supaya dapat makan kami anak beranak.
“Dia terpaksa join under AKPK sebab dia memang tak mampu sangat nak bayar hutang,” kongsinya dalam satu hantaran di laman grup Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN: Ayah ‘meratib’ tak mahu mati di rumah sewa, mak pula suruh buat ‘loan’ beli perabot... Gadis umur 23 kini tanggung hutang RM1 juta!
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa hampir pencen rancak buat hutang, tahu-tahu lebih RM800,000! Anak risau tak sempat bayar sebelum meninggal
Tambah individu itu lagi, sikap jarang mengeluh atau menunjukkan kesusahan di hadapan keluarga menyebabkan dia tidak mengetahui situasi sebenar yang dihadapi bapanya.
“Dulu time aku budak, aku selalu cakap, 'Ayah ni asyik tak ada duit je. Saya pelik la mana pergi gaji semua tu. Nak cakap beli kereta baru pun tak'.
“Pakai kereta buruk je. Rupanya bila aku dah besar ni aku faham kenapa dia macam tu.
“Rupanya sebab ayah aku ni beli rumah untuk setiap adik-beradik kitaorang. Lima rumah tidak termasuk rumah yang kitaorang duduk satu famili,” kongsinya lagi.
- Seorang individu imbas kisah bapanya tanggung beban hutang kerana membeli rumah untuk 5 anak.
- Ketika kecil, dia hairan mengapa bapanya sering habis wang gaji.
- Lebih menghairankan bapanya menjawat jawatan tinggi dalam sektor kerajaan.
- Rupa-rupanya bapa beli rumah untuk lima adik-beradiknya sehingga tak mampu urus hutang dan sertai AKPK
- Ramai netizen kagum pengorbanan bapanya namun tak setuju apabila melibatkan hutang yang banyak.
Namun ujarnya, seiring cabaran ekonomi ketika ini, ada antara aset yang dibeli arwah bapanya terpaksa dijual kerana berdepan beban kewangan.
“Hidup ni memang 'keras'. Tiap bulan ada je tak cukup. So kami adik-beradik terpaksa jual beberapa kondo tu untuk survive.
“Bila teringat balik dengan arwah ayah, baru saya faham. Dia buat semua tu bukan untuk dia tapi untuk anak,” kongsinya lagi.
Antara pandangan warga maya terhadap perkongsian berkenaan.
Di ruangan komen, warga maya tampil memberikan pelbagai reaksi.
Di kala ramai yang kagum dengan pengorbanan seorang bapa, tidak kurang juga yang berpandangan tindakan sedemikian seharusnya dibuat dengan teliti agar tidak membebankan diri sendiri dan keluarga.
“Kalau aku, tak nak beli rumah untuk anak-anak. Aku nak nikmati hidup.
“Tak payah bersusah payah sangat kumpul harta untuk anak-anak di dunia ni. Cukup berikan mereka kemudahan yang sewajarnya.
“Anak-anak ada rezeki masing-masing. Cukuplah sediakan apa yang menjadi kewajipan,” demikian antara komen netizen.