suria

Wanita dakwa anak buah dibuli di ‘sekolah terbaik’, bekas budak asrama kata lapor warden cuma burukkan keadaan

Pelajar pandai tidak terlepas daripada rasa iri hati rakan-rakan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita mendakwa anak saudaranya yang berusia 13 tahun menjadi mangsa buli rakan sekelas.

Dalam perkongsian di Thread, wanita itu berkata dia hanya mengetahui perkara itu ketika melawat anak saudaranya itu di asrama.

"Anak buah aku perempuan. Sekolah dia kira sekolah terbaik dekat Malaysia. Kakak aku dan suaminya jauh. Aku yang dekat. 

Mangsa buli berkemungkinan berdepan tekanan emosi dan hilang motivasi untuk belajar. -Gambar hiasan AI

"Jadi, akulah yang sediakan itu ini dan hantar dekat dia (anak saudara) kalau ada barang keperluan habis. Aku pergi jumpa masa outing, saja aku tanya jika ada orang buli dia di sekolah. 

"Mula-mula tak nak beritahu. Tapi aku paksa. Rupanya kawan satu kelas suruh dia buat homework Pendidikan Seni Visual (PSV) sebab anak buah aku ni pandai melukis," tulisnya.

Selepas diasak soalan demi soalan, wanita itu berkata anak buahnya turut menceritakan beberapa lagi kejadian buli yang didakwa dilakukan oleh rakan sekelas yang sama.

  • Budak 13 tahun didakwa jadi mangsa buli di asrama.
  • Dipaksa serahkan duit dan buat kerja rumah PSV.
  • Pelaku guna telefon mangsa.
  • Mangsa takut nak cerita sepenuhnya.
  • Netizen bimbang mangsa terus dibuli jika lapor kes pada warden.

"Dia pernah minta anak buah aku duit RM5. Minta makanan, lepas tu guna telefon anak buah aku untuk hubungi seseorang. Anak buah aku ni tinggal asrama, lurus bendul sikit.

"Aku belum dapat korek sepenuhnya cerita sebab anak buah aku marah bila ditanya. Nak tak nak jawab sebab takut," tulis wanita itu lagi.

Dalam hantaran sama, dia turut bertanya kepada orang ramai mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi membendung kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dendam membara! Mangsa dakwa buli di asrama jadi budaya, guru dan warden pun tak boleh harap - “Taufiq nama dia”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu nama mereka” - Ibu pelajar perempuan maut disyaki dibuli tak maafkan pelaku

Di ruangan komen, beberapa individu meminta wanita itu untuk membuat laporan kepada pihak sekolah.

Namun, terdapat segelintir netizen yang kurang bersetuju dengan cadangan itu kerana bimbang anak buahnya akan terus menjadi sasaran pembuli.

"Sebagai bekas pelajar sekolah berasrama, tolong jangan lapor dekat warden. Nanti anak buah awak akan kena cop kaki report. Paling teruk, anak buah awak kena pulau. 

Story on student bully incident, picture showing a few student are bullying a other student while recording the incident. Just posing photo by model. — FAIHAN GHANI/The Star

Buli fizikal boleh menyebabkan mangsa mengalami kecederaan. -Gambar hiasan

"Kalau lapor, nanti cikgu akan ambil tindakan pada pembuli. Dari situ, kawan lain akan tahu anak buah awak kaki report. Ada kemungkinan kena buli lagi dengan batch pembuli tu.

"Kalau saya, jumpa budak yang buli anak buah tu, bagi amaran nak lapor polis. Gertak ugut sikit biar dia takut," tdemikian antara komen dan cadangan netizen.

 

Artikel Lain