suria

Ibu cemas surat anak dapat anugerah tertinggal di kelas, gigih patah balik ke sekolah... Tapi terkilan lepas baca isi kandungan

Ada sekolah yang menganjurkan majlis penyampaian anugerah secara tertutup. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu berkongsi pengalaman mendebarkan apabila menerima mesej daripada guru mengenai anak perempuannya.

Katanya, mesej tersebut berkaitan Hari Kecemerlangan Murid 2025 bagi kategori Anugerah Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Terbaik mengikut kelas.

Menurutnya, guru berkenaan menghantar mesej melalui WhatsApp itu pada waktu malam untuk memaklumkan bahawa surat rasmi akan diberikan pada keesokan hari. 

Menjadi kebanggaan ibu bapa jika anak cemerlang dalam pelajaran. -Gambar hiasan AI

Ibu bapa bangga jika anak cemerlang dalam pelajaran. -Gambar hiasan AI

"Rasa sebak bila dapat mesej tu. Esoknya bila anak balik surat tiada dalam beg, dia tertinggal dalam laci kelas.

"Aku panik terus ajak anak naik motosikal ke sekolah cari. Suami tawar diri nak pergi dengan anak pun aku tolak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pagi kelas online, tengah hari tolong mak COD nasi, petang kerja part time... hujung semester ‘budak PPR’ dapat Anugerah Dekan - “Penat, tapi saya bukan orang senang”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita resah ada anak kurang cerdik, tak warisi kepandaian mak ayah - “Saya dan suami pelajar cemerlang SBP”

Ketika tiba di sekolah sekitar 6.45 petang, mereka bernasib baik kerana pagar kecil berhampiran kelas masih dibuka dan beberapa guru masih berada di kawasan sekolah. 

Katanya, anak perempuannya itu berlari ke kelas untuk mencari surat tersebut dan menjumpainya di dalam laci.

  • Ibu terkejut terima WhatsApp guru mengenai anak terima anugerah.
  • Bagaimanapun surat pengesahan tertinggal di laci, ibu panik bawa anak ke sekolah untuk cari.
  • Surat berjaya ditemui selepas pagar sekolah masih terbuka.
  • Majlis anugerah tertutup, ibu bapa tidak dijemput.
  • Netizen jelaskan majlis tertutup kerana bilangan penerima terlalu ramai.

"Dia ambil dan terus bagi aku tapi bila aku baca isi surat tu, rupa-rupanya buat majlis tertutup. Ibu bapa tak dijemput. 

"Ber'huhuhu' (sedih) la aku bagitahu suami aku. Kitaorang ni siap dah berbincang baju apa nak pakai, suami pula rancang nak cuti demi nak datang hari anugerah anak. 

"Semua perasaan ada. Rasa bangga, gembira, teruja, sebak, panik dan sedih sebab tak dijemput," katanya.

Sementara itu, netizen beranggapan ada sebab tertentu mengapa sekolah mengadakan majlis itu secara tertutup.

"Sekolah anak saya dua tahun berturut-turu sekolah buat majlis tertutup, sebab aduan ibu bapa tak berpuas hati anaknya tak dapat anugerah.

"Sekolah saya walaupun ada dewan besar memang tak jemput ibu bapa, sebab penerima anugerah dekat 700 orang sesi pagi dan petang," antara komen netizen. 

  

 

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia