suria

[V] Pempengaruh jawab kontroversi jadi perasmi majlis akademik, tepis ada kaitan unsur politik... Dedah dah 10 kali dijemput ke sekolah

Faiz memaklumkan dia sudah 10 kali menjadi jemputan di sekolah bagi merasmikan program dan memberi motivasi.

PEMPENGARUH dan usahawan, Faiz Aizif tampil menjelaskan isu berhubung jemputannya sebagai perasmi majlis anugerah akademik di sebuah sekolah pada Ahad, selepas segelintir pihak mempersoalkan kelayakannya.

Menurut Faiz, 23, ia bukan perkara baharu kerana dia sudah 10 kali menjadi jemputan di sekolah-sekolah lain sejak dua tahun lalu, termasuk di Langkawi dan Pulau Pinang.

Katanya, pihak Sekolah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah di Bedong, Kedah menjemputnya atas kapasiti seorang usahawan muda, bukan sebagai ahli politik seperti dakwaan sesetengah pengguna media sosial [Tonton Video]

Faiz memaklumkan dia hadir ke sekolah sebagai usahawan dan bukannya ahli politik.

Faiz memaklumkan dia hadir ke sekolah sebagai usahawan dan bukannya ahli politik. 

"Saya dipanggil atas tiket peniaga. Ramai cikgu yang kenal dan ikut perkembangan saya. Mereka nak saya suntik semangat kepada pelajar macam mana nak berjaya pada usia muda.

"Selain itu kehadiran saya juga menarik pelajar terutama bagi memastikan penyertaan murid dalam program sekolah lebih memberangsangkan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘CEO Anjing’ pilih raya sederhana walau dah senang! Tak lupa dulu mak pinjam duit jiran beli beras, terkesan selepas bantu asnaf

ARTIKEL BERKAITAN: Dikenali sebagai ‘CEO Anjing’, TikToker Faiz Aizif nafi mula lupa diri… Akhirnya impian jadi penyanyi tercapai

Tambahnya, pihak sekolah meminta dia berkongsi kisah perjalanan hidup serta pengalaman membina perniagaan, selain memberi motivasi kepada pelajar.

"Ada yang viralkan cerita kononnya saya pro parti tertentu. Saya bukan ahli politik, tak ada jawatan politik. Saya hadir sebagai usahawan, bukan YB," katanya sambil menafikan dakwaan bahawa kehadirannya mempunyai kaitan politik atau hubungan dengan mana-mana pemimpin negeri.

  • Faiz jelaskan jemputannya ke sekolah bukan perkara baharu, malah sudah beberapa kali hadir ke sekolah lain.
  • Dia dijemput atas kapasiti usahawan muda, bukan ahli politik, bertujuan untuk motivasi pelajar.
  • Faiz mendedahkan dia pernah berkhidmat sebagai guru sandaran, justeru memahami dunia pendidikan dan murid.
  • Dia gembira kehadirannya disambut positif oleh pelajar, dengan ramai DM ucap terima kasih.
  • Dia menegaskan kehadirannya tiada kaitan politik, sebaliknya fokus pada inspirasi dan motivasi pelajar.

Faiz turut mendedahkan bahawa dia pernah berkhidmat sebagai guru sandaran selama enam bulan di dua sekolah di Langkawi, sekali gus memberikannya pengalaman memahami dunia pendidikan dan interaksi dengan pelajar.

Faiz yang kini memiliki sejuta pengikut di TikTok, Instagram dan Facebook berkata, di sebalik kecaman, dia menerima banyak maklum balas positif daripada pelajar selepas majlis berkenaan.

"Ramai DM (direct message) ucap terima kasih dan tanya bila saya nak datang lagi. Selalunya pelajar tak ambil peduli pun siapa perasmi majlis, tapi kali ini mereka teruja," katanya lagi dan berharap penjelasan itu dapat meredakan salah faham ramai.

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia