suria

Menantu takkan pergi lagi rumah mentua! Kotor, bersepah sampai anak jatuh sakit... Tapi tak halang suami balik seorang

Tidak dinafikan segelintir individu tidak mempunyai hubungan baik dengan keluarga mentua. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan ada segelintir wanita mengelak untuk pulang ke rumah mentua atas pelbagai faktor, contohnya tidak 'sebulu' dengan ipar duai atau persekitaran kurang selesa. 

Dalam satu perkongsian di Thread, seorang wanita mendedahkan dia memilih untuk tidak mengikut suaminya pulang ke rumah mentua kerana mengutamakan kesihatan anak-anak.  

"Aku awal-awal dah bagitahu laki aku. Raya tahun depan aku dengan anak-anak tak ikut balik raya rumah family dia. Ikutkan memang turn sana. Kalau dia nak balik seorang, baliklah jumpa family dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari-hari menantu sumpah seranah bapa mentua, pengotor tak jirus kencing dan berak… Badan sihat, akal waras tapi pemalas!

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu cerai lepas 10 tahun tahan mulut busuk suami, rasa berdosa gagal ‘bersama’ - “Bau dari jauh pun mual”

"Sebab apa tak nak balik? Pasal keadaan rumah family dia. Yang mana ada family hoader, tahulah macam mana keadaan rumah tu. Itu belum lagi dengan kucing. Masuk-masuk rumah bau yang tak sihat ye.

"Aku ada anak kecil yang sekarang dalam fasa nampak apa-apa dekat lantai kutip masuk mulut, suka baring dekat mana-mana ikut suka dia. Aku tak nak jadi 'harimau jadian' dekat sana," tulisnya dalam hantaran berkenaan. 

Sindrom hoader wujud dalam diri segelintir individu. -Gambar hiasan

Wanita berkenaan turut berkongsi situasi yang pernah berlaku sebelum ini hingga anaknya jatuh sakit didakwa berpunca dari rumah mentua.

Menurutnya, apa yang berlaku cukup membuatkan dia serik dan enggan mengambil pusing tanggapan mentua terhadapnya. 

"Sebelum ni, sebelum balik sana aku chat mama dia (mentua), suruh kemas sikit rumah. Ada baby kan... Dia bluetick kan je. Sampai sana memang begitu je la keadaannya. 

  • Seorang wanita memilih untuk tidak ikut suami pulang ke rumah mentua bagi menjaga kesihatan anak-anak.

  • Keputusan itu dibuat kerana keadaan rumah mentua tidak bersih dan bersepah.

  • Sebelum ini, anaknya selalu jatuh sakit selepas pulang ke rumah mentua.

  • Wanita itu enggan ambil peduli tanggapan mentua dan tegas dengan keputusannya.

  • Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong dan ada menasihatkan berbincang dengan suami.

"Kali ni memang aku malas fikir diaorang nak cakap apa pasal aku. Memang jujur cakap, aku tak ready nak bawa anak-anak balik sana lagi.

"Yang aku perasan, dari anak aku yang sulung, tiap kali lepas balik dari sana, anak aku mesti demam. Kena warded batuk yang lama, selesema. Jadi kali ni aku tak nak ye," katanya lagi. 

Perkongsiannya mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ada yang menyokong keputusannya demi kesihatan anak.

Namun tidak kurang ada yang menasihatkan supaya wanita itu berbincang dengan suami bagi mencari jalan tengah agar tidak mencetuskan salah faham antara dua keluarga.

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia