PELAKON Zaskia Adya Mecca berkongsi pengalaman mencuit hati sewaktu membuat lawatan ke kawasan mangsa banjir di Tamiang, Aceh, Indonesia.
Menerusi hantaran di Instagram, Zaskia menceritakan detik pertemuannya dengan seorang kanak-kanak lelaki bernama Farhan yang terselamat selepas dua hari bertahan di atas sebatang pokok mangga.
Momen mencuit hati terjadi ketika ibu Farhan memperkenalkan anaknya kepada isteri pengarah Hanung Bramantyo berkenaan.

Zaskia (tengah) melawat mangsa banjir di Aceh.
Sebaik diperkenalkan, Farhan terus memeluk erat pinggang ibunya sambil bersembunyi ketakutan.
Pelakon filem Ayat-Ayat Cinta itu kemudian bertanya mengapa Farhan berasa takut ketika bertemu dengannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan kenal pasti 12 syarikat punca bencana banjir di Aceh, Sumatera
ARTIKEL BERKAITAN: “Putihnya muka, salah pakai bedak ke?” - Solekan Irene Red Velvet dikritik netizen
“Trauma mungkin, fikirku. Lalu aku tanya, ‘Farhan, kenapa sayang? Kamu takut apa?’” tulisnya.
Namun jawapan polos Farhan mencairkan suasana. Kanak-kanak itu mengaku takut kerana melihat wajah Zaskia dan kakaknya, Tasya Nur Medina, yang menurutnya terlalu putih.
“‘Takut lihat muka kakak-kakak putih sekali,’” kata Zaskia meniru ucapan Farhan.
Dalam pada itu, Zaskia berkata meskipun situasi banjir yang berlaku di kawasan itu terjejas teruk, namun dia percaya masih ruang untuk tersenyum sebagai tanda kesyukuran dan semangat untuk mereka terus bertahan.
"Saya terus minta maaf kalau dia rasa saya terlalu putih. Bergema dengan tawa ria di pusat pemindahan Tamiang malam tadi.

Zaskia dikatakan terlalu putih sehingga menakutkan kanak-kanak.
"Beginilah, di tengah musibah melanda, tetap ada ruang untuk tersenyum sebagai tanda syukur dan tidak putus asa," ujarnya.
Pada 22 November lalu, banjir besar berlaku di Aceh termasuk di daerah Tamiang selepas hujan lebat berterusan menyebabkan sungai melimpah dan kawasan penempatan dinaiki air.
Setakat 6 Disember, lebih 900 kematian telah direkodkan di seluruh Indonesia akibat bencana ini dengan ratusan lagi masih hilang.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


