suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aishwarya Rai Bachchan pelakon wanita paling berpengaruh di India

Populariti Aishwarya jauh mengatasi Priyanka Chopra, Katrina Kaif malah Madhuri Dixit.
Populariti Aishwarya jauh mengatasi Priyanka Chopra, Katrina Kaif malah Madhuri Dixit.
Populariti Aishwarya jauh mengatasi Priyanka Chopra, Katrina Kaif malah Madhuri Dixit.

MEMANG tidak dapat disangkal, Aishwarya Rai Bachchan ialah pelakon wanita paling berpengaruh di India.

Ini terbukti apabila sebuah agensi penyelidikan terkenal, Hansa Research mendedahkan, populariti Aishwarya jauh mengatasi Priyanka Chopra, Katrina Kaif malah Madhuri Dixit.

Penyelidikan tersebut julung-julung kali diadakan untuk menilai kuasa dan pengaruh selebriti di India. Ia menjurus kepada pelbagai kriteria dan sifat seperti populariti, `kehadiran' di mata media, kuasa memujuk dan atribut imej.

Dilaporkan Aishwarya berjaya meraih pengiktirafan sebanyak 98 peratus undian dalam penyelidikan tersebut.

Ini bermakna pelakon jelita itu kini setanding dengan legenda perfileman seperti Amitabh Bachcan atau bintang pemain kriket, Sachin Tendulkar.

Secara kebetulan, Aishwarya merupakan satu-satunya wanita yang terangkum bagi 10 selebriti paling popular dalam penyelidikan tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain