suria

Terma & Syarat

SILA BACA TERMA DAN SYARAT INI DENGAN TELITI SEBELUM MELAWATI/MENGAKSES MANA-MANA PAPARAN LAMAN WEB KAMI KERANA TERMA INI MENGANDUNGI TERMA UNDANG-UNDANG YANG MENGIKAT. DENGAN MELAWATI/MENGAKSES MANA-MANA LAMAN WEB KAMI, ANDA DIANGGAP TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI SEPENUHNYA SERTA BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT INI, SEPERTI YANG MUNGKIN DIPINDA DARI SEMASA KE SEMASA OLEH KAMI. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN MANA-MANA TERMA DAN SYARAT INI, ANDA MESTI BERHENTI MELAWATI/MENGAKSES SEMUA LAMAN KAMI.

  1. Hakcipta

    Semua kandungan editorial, teks, gambar, foto, ilustrasi, reka bentuk, grafik, video, dan klip audio di laman ini dilindungi oleh undang-undang hak cipta Malaysia dan perjanjian antarabangsa. Kandungan ini tidak boleh ditiru atau digunakan semula tanpa kebenaran nyata daripada Star Media Group Berhad (No. Syarikat: 197101000523 (10894D) (selepas ini dirujuk sebagai "Syarikat"), yang memelihara semua hak.

    Penggunaan semula sebarang kandungan tersebut di dalam talian bagi sebarang tujuan adalah dilarang keras.

    Permohonan untuk mendapatkan kebenaran menggunakan kandungan keempunyaan Syarikat akan dipertimbangkan mengikut keadaan. Sila kemukakan pertanyaan anda kepada:

    Bahan daripada laman web ini bertujuan dan tersedia untuk penggunaan peribadi anda serta untuk kegunaan luar talian yang bersifat maklumat dan bukan komersial sahaja, dengan syarat: Kandungan tidak diubah, dipinda atau diubah suai dalam apa-apa cara sekalipun; semua notis hak cipta dan notis lain pada mana-mana salinan dikekalkan; dan kebenaran bertulis telah diberikan oleh Syarikat.

    Anda dilarang sama sekali daripada memaparkan kandungan atau bahan yang terkandung dalam sesuatu laman web ini, sama ada bagi tujuan perdagangan atau peribadi, tanpa memperoleh kebenaran bertulis yang nyata daripada Syarikat terlebih dahulu.

    Anda tidak boleh menyalin atau menyesuaikan kod HTML yang dicipta oleh Syarikat untuk memaparkan halaman. Kod tersebut juga dilindungi oleh hakcipta Syarikat. 'Rupa' dan 'Gaya' laman web ini juga merupakan tanda dagangan Syarikat. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada skema warna, bentuk butang, susun atur dan semua unsur grafik lain.

    Bahan agensi berita pihak ketiga yang terkandung di dalam laman web ini dilindungi oleh hakcipta dan tidak boleh diterbitkan, disiarkan, ditulis semula untuk siaran atau penerbitan, atau diedarkan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mana-mana medium. Bahan ini atau mana-mana bahagiannya tidak boleh disimpan dalam komputer kecuali untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial.

    Penggunaan bukan komersial tidak termasuk penggunaan kandungan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Syarikat berkaitan (i) pembangunan mana-mana program perisian, model, algoritma atau alat kecerdasan buatan generatif lain (selepas ini dirujuk sebagai "Alat AI"), termasuk tetapi tidak terhad kepada, latihan atau penggunaan kandungan berkaitan dengan pembangunan atau pengoperasian sistem pembelajaran mesin atau AI, termasuk penggunaan mana-mana kandungan untuk latihan, penalaan halus, atau sebagai asas bagi mesin/sistem AI untuk belajar, atau sebagai sebahagian daripada penjanaan diperkaya pencarian (retrieval-augmented generation); atau (ii) penyediaan data yang diarkibkan atau dalam 'cache' yang mengandungi kandungan kepada mana-mana orang atau entiti lain.

    Syarikat dan/atau agensi berita, mengikut mana yang berkenaan, tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan, ketidaktepatan, kesilapan atau peninggalan daripadanya atau dalam penghantaran atau penyerahan kesemua atau mana-mana bahagiannya, atau atas apa-apa kerosakan yang timbul daripada mana-mana perkara tersebut.

  2. Syarikat dan Anak Syarikatnya

    Syarikat dan kumpulan syarikatnya beroperasi di Malaysia. Penerbitan yang dihasilkan termasuk tajuk akhbar: The Star, Majoriti 7, StarBiz 7, After Work, Kuntum dan Suria 7.

    Syarikat, melalui anak syarikatnya, juga menyediakan perkhidmatan kandungan dan pengiklanan di portal digital, termasuk tetapi tidak terhad kepada: Thestar.com.my, aplikasi mudah alih The Star, The Star ePaper, StarMediaGroup.my, TheStarTV.com, mStar, aplikasi mudah alih mStar, majoriti.com.my, R.AGE, 988.com.my, shopnow.988.com.my, aplikasi mudah alih 988 FM, Suria.my, aplikasi mudah alih Suria Malaysia, StarProperty, Carsifu.my, Kuali, aplikasi mudah alih Kuali, myStarjob.com, StarCherish.com, PerfectLivin.com; perkhidmatan acara, Star Education Fair, myStarJob Fair, Star Health Expo, Star Outstanding Business Awards, Export Excellence Awards, ESG Positive Impact Awards, Women's Fiesta, StarWalk, Anak-Anak Malaysia Walk, Ride for Malaysia, Perfect Livin, Perfect Lifestyle, Star Supa Comic, StarProperty Fair, StarProperty Awards, StarLIVE, Star Golden Hearts Award, dan Star Sterling Service Award, starbiz7.com.my, starsearch.thestar.com.my, malaysiadeveloperawards.com.my, sgha.com.my, newsstand.thestar.com.my, starfoundation.com.my, smgland.com.my, majoriti7.com.my dan smg360.com.my.

    Selain itu, Syarikat sama ada secara langsung atau melalui anak syarikatnya memiliki dan/atau mengendalikan saluran radio berikut, iaitu 988 dan Suria.

    Anda boleh merujuk kepada gambaran keseluruhan struktur kumpulan.

  3. Tanda Dagangan

    Antara tanda dagangan dan tanda perkhidmatan yang dimiliki oleh Syarikat dan/atau anak syarikatnya termasuk tetapi tidak terhad kepada: The Star Online, Star Media Group, TheStarTV.com, mStar, majoriti, R.AGE, 988, Suria, SMEBiz, StarProperty, CarSifu, Kuali, myStarjob.com, Star Newspaper-in-Education (NiE), Step Up, Kuntum, Majoriti7, Majoriti Online, Suria7, Star Outstanding Business Awards (SOBA), Export Excellence Awards, Star Golden Hearts Award, StarWalk, Perfect Livin, Ride for Malaysia, Stand Together, Women do Wonders (WOW), ESG serta logo masing-masing bagi semua laman web. Semua tanda dagangan dan nama perdagangan lain adalah hak milik pemilik masing-masing.

  4. Peraturan Laman

    Syarikat mempunyai komuniti pengguna yang aktif dan menggalakkan komen pada artikel dan cerita. Kami komited terhadap laman web ini dan berusaha mengekalkan perbualan yang hormat, menarik dan berinformasi. Bagi tujuan itu, kami mempunyai garis panduan umum untuk sebarang komen yang ditinggalkan. Ia dikuatkuasakan 24/7 oleh sistem penyederhanaan yang melibatkan pasukan staf dan sistem pemantauan kandungan. Jika pada pendapat mutlak kami, komen anda secara konsisten atau dengan sengaja menjadikan komuniti ini kurang beradab dan kurang menyeronokkan, anda dan komen anda akan dikecualikan daripada komuniti ini. Syarikat menggalakkan suasana komen yang terbuka, telus dan beradab. Perbincangan dan perbahasan yang kritikal, mendalam dan bijaksana amat digalakkan.

    A. Perkara yang Tidak Boleh Dilakukan
    Semua pihak dialu-alukan dan digalakkan untuk menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing tanpa mengira identiti, politik, ideologi, anutan agama atau persetujuan dengan ahli komuniti lain, penulis hantaran atau sesiapa sahaja, selagi pendapat tersebut bersifat hormat dan menambah nilai secara membina dalam perbincangan. Walau bagaimanapun, komuniti ini tidak bertolak ansur terhadap serangan langsung atau tidak langsung, memanggil nama atau penghinaan, dan juga tidak bertolak ansur terhadap cubaan sengaja untuk memesongkan perbincangan, menggangu tumpuan perbualan, membuat provokasi atau memancing reaksi emosi daripada orang lain. Kami berhak secara mutlak untuk mengalih keluar komen sebegini daripada komuniti apabila perlu. Individu yang berterusan atau dengan sengaja menyiarkan komen sebegini boleh diberi amaran secara dalam talian dan, jika perlu, dikecualikan daripada komuniti dan/atau dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Kami telah menetapkan Peraturan Laman berikut supaya semua orang dapat memanfaatkan laman web ini dengan sebaiknya. Sila ambil perhatian bahawa peraturan ini juga terpakai kepada seperti imej, video dan klip audio, serta kandungan yang berkaitan dengan anda seperti imej avatar. Contoh komen yang tidak dibenarkan di bawah Peraturan Laman kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

    • Bersifat lucah / menyinggung / tidak senonoh;
    • Menipu, memperdaya atau mengelirukan;
    • Sesuatu di luar topik;
    • Spam (seperti komen yang sama disiarkan berulang kali) atau mengandungi pautan tertentu ke laman lain;
    • Secara tersirat atau nyata menyerang dan/atau memfitnah mana-mana pihak ketiga;
    • Menyinggung mana-mana jantina, etnik, agama, bangsa atau budaya;
    • Menganjurkan apa-apa aktiviti haram;
    • Menggambarkan atau menggalakkan aktiviti yang boleh membahayakan keselamatan atau kebajikan orang lain;
    • Mempromosikan perkhidmatan, produk atau organisasi politik tertentu;
    • Kelihatan meniru identiti orang lain;
    • Mengandungi pendedahan maklumat peribadi termasuk nama, nombor telefon, alamat, e-mel dan lain-lain;
    • Melanggar hak milik, hakcipta atau tanda dagangan mana-mana pihak;
    • Melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang yang sedang berkuat kuasa;
    • Ditulis dalam bahasa selain daripada bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu, melainkan dinyatakan sebaliknya;
    • Apa-apa komen lain yang dianggap tidak sesuai oleh pasukan;
    • Pengiklanan atau promosi produk atau laman web adalah dilarang sama sekali. Ini mungkin termasuk pautan ke:
      • Laman web peribadi atau forum, tinjauan dan soal selidik;
      • Tinjauan dan soal selidik;
      • Laman web komersial atau laman lelong yang terutamanya diwujudkan untuk menjual produk
    • Butiran acara amal atau kutipan dana

      Sebagai contoh, jika ia relevan dengan perbahasan, adalah dibenarkan untuk melakukan pautan ke laman web yang menjual album atau buku jika ia membantu pengguna lain atau mengesyorkan sesuatu yang mereka mungkin minati. Walau bagaimanapun, menyiarkan pautan ke album kumpulan muzik anda sendiri atau cuba menarik pembeli ke laman lelong eBay atau ke mana-mana laman kutipan dana anda, ia boleh menyebabkan hantaran anda dibuang.

    • Berisiko melanggar undang-undang hakcipta

      Undang-undang hakcipta wujud untuk menghalang seseorang daripada memplagiat hasil karya orang lain. Ia terpakai di internet sama seperti dalam televisyen, buku dan akhbar. Melanggar undang-undang hakcipta boleh menyebabkan tindakan undangundang diambil terhadap anda. Jangan menyiarkan petikan teks yang panjang yang disalin daripada sumber lain, kerana ini mungkin melanggar hakcipta. Petikan pendek untuk menjelaskan sesuatu perkara mungkin dibenarkan, namun ini bergantung kepada budi bicara kami. Jika anda ingin merujuk kepada sumber maklumat luar, adalah lebih baik untuk menyertakan pautan ke laman web luaran yang sesuai.

      Selain itu, kiriman yang menggunakan terlalu banyak bahasa singkatan (text speak) atau bahasa yang sukar difahami seperti kod juga tidak dibenarkan kerana ini boleh mengganggu aliran semula jadi perbualan.

      Menyumbang bahan ke mana-mana komuniti laman ini dengan niat untuk melakukan jenayah, melanggar undang-undang, atau menyokong atau menggalakkan aktiviti yang menyalahi undang-undang adalah dilarang sama sekali.

      Tambahan pula, kami boleh memadam kiriman yang kami anggap boleh membahayakan pengguna lain - termasuk tetapi tidak terhad kepada, memberi nasihat perubatan atau kesihatan, atau menggalakkan penyalahgunaan dadah atau alkohol atau perbuatan mencederakan diri sendiri.

    • Mengandungi kenyataan yang berpotensi memfitnah

      Undang-undang fitnah wujud untuk melindungi individu dan/atau organisasi daripada serangan yang tidak berasas, tersilap atau tidak benar terhadap reputasi mereka. Menyiarkan kenyataan berunsur fitnah di laman web ini adalah sama seperti menerbitkannya dalam surat khabar atau majalah dan boleh mengakibatkan prosiding undang-undang dimulakan.

      Bagi mengelakkan prosiding undang-undang dimulakan, sila pastikan anda mengesahkan bahawa maklumat dalam hantaran anda adalah benar dan tepat, terutamanya apabila menyampaikan kenyataan negatif sebagai fakta. Selain itu, elakkan membuat kesimpulan melulu, melebih-lebihkan atau membuat implikasi tersirat. Ingat bahawa menambah perkataan 'didakwa' pada sesuatu kenyataan tidak menjadikannya bukan fitnah. Anda dan Syarikat boleh dipertanggungjawabkan jika anda membuat kenyataan fitnah di laman web ini. Oleh itu, kami akan mengalih keluar sebarang komen apabila kami tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk mempertahankan penerbitan kenyataan anda. Ini bermakna pengendali laman web ini mungkin mengambil pendekatan berhati-hati apabila mempertimbangkan sesetengah komen.

    • Bersifat kasar atau mengganggu

      Kelakuan kasar atau mengganggu tidak dibenarkan di laman web ini. Ia termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

      • Menggunakan kata-kata kesat (termasuk singkatan atau ejaan alternatif) atau bahasa lain yang mungkin menyinggung.
      • Mengganggu, mengancam, atau menyebabkan tekanan atau kesulitan kepada mana-mana individu atau kumpulan.
      • Flaming: Ini bermaksud menyiarkan sesuatu yang marah dan berniat jahat.
      • Trolling: Ini bermaksud mengatakan perkara yang sengaja provokatif semata-mata untuk menimbulkan masalah.
      • Melanggar hak mana-mana pihak, atau menyekat atau menghalang orang lain daripada menggunakan dan menikmati laman web ini.
      • Cuba menyamar sebagai orang lain.
      • Menggunakan berbilang akaun untuk mengganggu forum, menyusahkan pengguna lain, atau untuk mengelakkan pra-penapisan.
      • Menolak (bumping) atau mencipta topik berulang, membuat hantaran dengan cara yang menyebabkan ralat teknikal, atau apa-apa percubaan lain untuk mengganggu kelancaran perbualan. Pengguna yang menunjukkan tingkah laku sedemikian secara serius atau berulang-ulang mungkin akan dikenakan pra-penyaringan akaun atau sekatan kekal dan tidak akan dibenarkan untuk kembali.
    • Bersifat menyinggung

      Komen yang mengandungi kandungan menyinggung tidak dibenarkan di laman web ini. Bahan berunsur perkauman, seksis, homofobik, mempersendakan orang kurang upaya, lucah secara berbaur seksual, kasar, menghina mana-mana agama, bangsa atau kerabat diraja, atau bahan lain yang tidak wajar akan dibuang dan jika melampau akan menyebabkan sekatan segera dan kekal terhadap akaun anda.

    • Perbicangan luar topik

      Komen yang tidak berkaitan dengan topik artikel atau entri yang anda sumbangkan dikira sebagai 'di luar topik'. Jangan menyumbang bahan yang tidak berkaitan dengan topik dalam artikel yang khusus, kecuali jika artikel tersebut telah menetapkan ruang komen terbuka. Jika komen anda telah dipadam kerana tidak berkaitan dengan topik, anda mungkin boleh menghantar semula komen anda pada bahagian topik yang lebih sesuai.

    • Mengandungi butiran peribadi

      Menyertakan butiran hubungan atau pengenalan dalam komen seperti nombor telefon, alamat pos atau alamat e-mel tidak dibenarkan dalam kebanyakan perkhidmatan. Jangan dedahkan sebarang maklumat peribadi tentang diri anda atau orang lain kerana ia mungkin secara tidak sengaja mendedahkan anda atau orang lain kepada risiko.

    • Risiko menghina mahkamah

      Sebaik sahaja seseorang suspek ditangkap atas satu atau lebih kesalahan, sekatan undang-undang akan terpakai. Sila berhati-hati apabila membincangkan laporan mengenai penangkapan atau prosiding mahkamah. Walaupun memaut kepada cerita berita yang diarkibkan, entri blog dan komen mungkin menyalahi undang-undang kerana undang-undang penghinaan mahkamah di Malaysia lazimnya melarang sebarang rujukan kepada sabitan terdahulu seseorang yang sedang berdepan prosiding mahkamah baharu.

    • Mengandungi spam

      Spam atau flooding tidak dibenarkan di laman web ini. Spam bermaksud menghantar kandungan yang sama atau hampir sama berulang kali di beberapa blog atau entri. Flooding pula merujuk kepada penghantaran semula kandungan anda ke laman yang sama sebanyak beberapa kali.

      Jangan meletakkan tandatangan pada bawah komen anda untuk mempromosikan laman web, perkhidmatan, produk atau kempen. Ini akan menyebabkan hantaran anda dibuang sebagai spam.

    • Mengandungi URL yang tidak sesuai

      Sebagai contoh, anda tidak sepatutnya melakukan pautan kepada:

      • Kandungan yang menyalahi undang-undang, tidak sesuai atau bersifat seksual secara eksplisit.
      • Laman web yang memerlukan bayaran untuk akses.
      • Kandungan dalam bahasa asing.
      • Laman web yang memulakan muat turun fail atau memerlukan perisian tambahan untuk melihatnya. Ini termasuk fail dalam bentuk pdf dan mp3.
    • Laman web yang mengiklankan atau mempromosikan produk

      Dalam sesetengah kes, moderator akan mengedit dan membuang pautan tersebut, sambil membiarkan baki komen kekal dipaparkan di forum. Jika demikian, pautan itu akan digantikan dengan [URL tidak sesuai/rosak telah dikeluarkan oleh moderator]

      Syarikat mengalu-alukan maklum balas, sama ada yang positif mahupun negatif, mengenai program dan perkhidmatan kami. Walau bagaimanapun, sila pastikan komen anda mematuhi Peraturan Laman yang dinyatakan di atas. Tindakan menghantar komen peribadi atau yang berunsur penghinaan secara berulang-ulang terhadap individu awam atau orang yang bekerja untuk Syarikat, serta kumpulan anak syarikat dan/atau syarikatnya, boleh dianggap sebagai gangguan. Kami berhak untuk memadamkan mesej tersebut dan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

    B. Proses Moderasi
    Untuk mengekalkan suasana yang sopan, pasukan moderasi kami mungkin membaca komen sebelum ia dipaparkan kepada pengguna lain. Sekiranya ini berlaku, anda mungkin melihat komen anda dipaparkan sebagai menunggu kelulusan. Masa kelulusan boleh jadi berbezabeza bergantung pada beban komen pada seluruh laman web, jadi sila bersabar; kami akan meneliti semua komen secepat mungkin.

    C. Perkara yang Patut Dilakukan
    Jadilah diri anda sendiri: Anda seorang sahaja, dan hanya satu. Pendapat setiap orang adalah berharga dan unik. Berpura-pura menjadi orang lain akan menghilangkan nilai unik yang ada pada anda atau daripada orang lain. Jangan salah mentafsir diri anda atau orang lain, menyebarkan maklumat yang salah, membuat berbilang akaun atau "astroturf" (Di mana pengguna berpura-pura menjadi pengulas yang objektif, tetapi mempunyai kepentingan peribadi dalam perkara itu). Jika anda berbuat demikian, anda akan menjadikan komuniti ini kurang menyeronokkan dan kurang bernilai untuk semua orang, dan anda akan disingkirkan apabila kami mengenalpasti perkara tersebut.

    Komuniti ini adalah ruang yang selamat: Kami amat percaya bahawa laman web ini harus menjadi ruang yang selamat untuk individu, kumpulan, dan idea mereka. Oleh itu, bahasa yang kasar, biadab dan bersifat permusuhan atau seruan kepada keganasan tidak dialu-alukan.

    Jika anda secara langsung atau tidak langsung melakukan sesuatu sehingga mengancam kesejahteraan fizikal atau mental mana-mana ahli komuniti ini, atau mana-mana individu atau kumpulan yang menjadi subjek artikel, anda akan disingkirkan serta-merta. Jika terdapat ancaman yang boleh dipercayai terhadap mana-mana individu atau kumpulan, ia bukan sahaja akan dibuang, malah berkemungkinan akan dilaporkan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang dan kami akan bekerjasama dengan mereka sejauh mana yang diminta.

    Maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti tidak boleh sekali-kali disiarkan: Ia tidak akan berakhir dengan baik untuk sesiapa pun. Jika anda melihat sebarang ancaman, gangguan atau pendedahan maklumat peribadi, sila laporkan dengan segera.

    Sekiranya anda mempunyai komen, kami bersedia membantu dan kami mempunyai individu sebenar yang membaca serta membalas setiap komen anda itu.

    Jika anda mempunyai aduan, soalan, kebimbangan, atau sekadar maklum balas - sama ada positif atau berbentuk kritikan - sila hubungi kami di sini.

  5. Penafian dan Amaran

    A. Pilihan Penafian
    (i) Syarikat berusaha untuk memastikan bahawa maklumat yang terkandung dalam laman web ini adalah tepat. Walau bagaimanapun, Syarikat tidak membuat sebarang representasi mengenai ketepatan, kebenaran, kelengkapan, atau kesesuaian mana-mana maklumat dalam halaman ini dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, peninggalan, kelewatan dalam maklumat yang terkandung dalam halaman ini atau mana-mana maklumat lain yang diakses melalui mana-mana laman web, termasuk tanpa had, sebarang maklumat yang diperoleh melalui pautan di laman web ini ke laman web luar, atau sebarang kerugian, kecederaan atau kerosakan yang timbul daripada paparan atau penggunaannya. Semua pengguna amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat profesional sebelum bergantung kepada mana-mana maklumat yang diberikan di sini.

    (ii) Syarikat tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara sekalipun terhadap mana-mana dan semua kerugian atau kerosakan yang mungkin pengguna alami termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kerugian kewangan dan/atau maklumat.

    B. Pilihan Amaran
    (i) Untuk mengelakkan kekecewaan, kami menggalakkan anda merujuk kepada Terma dan Syarat serta Peraturan Laman sebelum memberi komen. Sila ambil perhatian bahawa komen anda tertakluk kepada peraturan ini serta Terma & Syarat kami dan mungkin akan dipadam tanpa notis awal jika didapati melanggar mana-mana peraturan tersebut.

    (ii) Anda hendaklah memuat turun Aplikasi Mudah Alih The Star hanya daripada Google Play Store atau Apple App Store. Anda tidak dibenarkan memuat turun Aplikasi Mudah Alih The Star daripada mana-mana sumber lain.

    (iii) Anda tidak dibenarkan menggunakan Aplikasi Mudah Alih The Star pada mana-mana peranti yang diubah suai secara tidak sah seperti peranti yang telah di-"jailbreak", "di-root", atau mana-mana peranti yang telah diubah dalam apa jua cara sekalipun.

    (iv) Anda akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin anda alami dalam apa jua cara sekalipun sekiranya anda melanggar manamana terma yang dinyatakan di sini.

  6. Tugasan (Assignment)

    Anda tidak dibenarkan menyerahkan atau memindahkan dalam apa jua cara hak atau tanggungjawab anda di bawah Terma dan Syarat ini, sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Kami boleh menyerahkan Terma dan Syarat ini, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, kepada mana-mana pihak ketiga tanpa notis terlebih dahulu.

  7. Pengecualian/Pengabaian Hak

    Kegagalan atau kelewatan kami dalam melaksanakan mana-mana hak kami di bawah Terma dan Syarat ini tidak akan dianggap sebagai pengabaian hak tersebut, melainkan jika diakui dan dipersetujui oleh kami secara bertulis

  8. Undang-undang yang Mengawal

    Terma dan Syarat ini hendaklah ditafsirkan selaras dengan dan tertakluk kepada undangundang Malaysia, dan anda dengan ini bersetuju untuk tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

  9. Privasi Maklumat Peribadi

    Sila rujuk dasar privasi https://www.mstar.com.my/dasar-privasi untuk melihat terma berkenaan penggunaan maklumat anda.

  10. Hubungi Kami

    Jika terdapat sebarang soalan atau kebimbangan mengenai Terma dan Syarat ini atau amalan persetujuan yang dinyatakan di sini, sila hubungi kami seperti berikut:

    Melalui E-mel: customerservice@thestar.com.my; mstar@thestar.com.my atau editor@mstar.com.my

    Melalui Pos: Star Media Group Berhad, Menara Star, 15 Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

    Talian Khidmat Pelanggan:1-300-88-7827 (Isnin – Jumaat (9.00 pagi hingga 5.30 petang), tidak termasuk cuti umum)

PENAFIAN::
BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN INI DISEDIAKAN ATAS DASAR "SEADANYA" TANPA SEBARANG REPRESENTASI ATAU JAMINAN, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT, SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI.

ANDA DENGAN INI BERSETUJU UNTUK MENANGGUNG RUGI, MEMPERTAHANKAN DAN TIDAK MEMUDARATKAN LAMAN WEB MSTAR, STAR MEDIA GROUP (MALAYSIA) BHD SERTA MANA-MANA RAKAN SEKUTU, ANAK SYARIKAT DAN/ATAU ENTITI BERKAITAN DARIPADA DAN TERHADAP APA-APA DAN SEMUA TUNTUTAN, TINDAKAN, LIABILITI, KERUGIAN, KEROSAKAN, KOS DAN PERBELANJAAN (TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA FI GUAMAN), TERMASUK TUNTUTAN FITNAH, PENCEMARAN REPUTASI PERDAGANGAN ("TRADE DISPARAGEMENT"), PELANGGARAN PRIVASI DAN PELANGGARAN HARTA INTELEK, YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN SEBARANG PENYERAHAN OLEH ANDA ATAU MELALUI AKAUN ANDA

[Dikemaskini pada 5 Mei 2026]