PENYANYI Ernie Zakri berkongsi kisah lucu ketika dia mahu mengisi petrol kenderaan di sebuah stesen minyak, baru-baru ini.
Menerusi Instastory, penyanyi lagu Ku Bersuara ini membuat rakaman pendek kesulitan yang dialami semasa mahu mengisi minyak.
Kata Ernie, dia terpaksa berulang-kali membetulkan kedudukan kereta kerana nozel pam tidak sampai pada tangki kenderaannya.
Malah, dia turut mengakui kejadian itu merupakan salah satu momen memalukan apabila ada pelanggan stesen turut memerhatikan tindakannya itu.
Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.