TINDAKAN pantas beberapa bot pelancong dan nelayan berjaya menyelamatkan lebih 50 penumpang sebuah feri yang terbakar di perairan Langkawi.
Semua penumpang dilaporkan selamat.
Difahamkan feri berkenaan dalam perjalanan dari Kuah ke Kuala Perlis sebelum dilaporkan terbakar kira-kira pukul 2.45 petang, Isnin.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, kejadian berlaku kira-kira tiga kilometer dari pantai.