PENYANYI Awi Rafael secara eksklusif mendedahkan kepada mStar punca sebenar pembatalan perkahwinannya dengan pelakon Atikah Suhaime.
Sebelum ini, Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael melalui Instagram mengumumkan membatalkan perkahwinan mereka tiga hari sebelum majlis akad nikah berlangsung Mac lalu.
Bagaimanapun isu menjadi semakin rumit apabila bapa Atikah pula mendedahkan keputusan pembatalan perkahwinan tersebut dibuat oleh pihaknya demi kabaikan Atikah sendiri.
Ikuti pendedahan eksklusif Awi Rafael menerusi segmen #Ceritera