PENYANYI Shiha Zikir berkata dia berasa agak terkejut apabila kini semakin kerap menerima tawaran untuk melakonkan watak komedi.
Shiha, 32, berkata tawaran yang diterima jauh berbeza daripada kebiasaannya selepas dia menyertai sebuah program lawak sebagai tetamu undangan.
“Sebenarnya saya masih lagi dalam keadaan terkejut kerana kerap mendapat job untuk persembahan komedi sejak kebelakangan ini.
“Tak mengapalah, OK je kerana siapa tahu ini lembaran baru dalam karier tambahan pula aaya jenis yang mudah terhibur,” kata Shiha kepada mStar.