MENJELANG Aidilfitri, makin ramai selebriti berlumba-lumba untuk menjual pelbagai jenis biskut dan pakaian bagi mendapatkan rezeki tambahan.
Tidak terlepas pasangan penyanyi Zetty Rashid dan vokalis kumpulan Cherpen iaitu Nemo yang kini sedang rancak menjual biskut raya di Festival Ramadan Putrajaya.
Lebih menarik katanya keuntungan jualan biskut ini akan digunakan untuk persiapan hari bahagia mereka.