USAHAWAN Datuk Seri Aliff Syukri memberitahu dia mengikuti kelas vokal bagi memperbaiki teknik nyanyiannya.
Menurut Aliff hasil daripada usahanyanya itu, dia berjaya mengurangkan penggunaan autotune bagi merakamkan lagu Cowok Baru yang turut menampilkan dua penyanyi Indonesia iaitu Lucinta Luna dan Upiak Isil.
“Saya ambil kelas vokal selama dua minggu, yang kata suara saya tak sedap.... kali ni kena dengar betul-betul.
“Sepuluh peratus je saya pakai autotune, yang lain semua adalah anugerah Allah yang memberikan suara semerdu ini.” ujurnya kepada mStar.