PENYANYI Kaka Azraff menjelaskan dia kini menjadi semakin sensitif ketika menghitung hari bergelar ibu bila-bila masa daripada sekarang.
Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, emosinya juga mudah tersentuh biarpun berpunca daripada perkara-perkara kecil.
“Memang saya dapat rasakan hormon dan emosi saya sedikit 'bersepah' apabila kandungan mencecah usia lapan bulan, bayangkan saya kini senang menangis dan tersentuh kerana perkara kecil. Mungkin naluri nak menjadi ibu.
“Malah semasa buat ucapan semasa sidang media sebentar tadi pun saya dah rasa sebak, mungkin saya dah over sensetive sekarang,” kata Kaka kepada mStar.
Kaka, 30, ditemui semasa majlis sidang media pelancaran single terbarunya berjudul Diamonds pada Rabu.
Diamonds turut mendapat sentuhan komposer dan penyanyi rap Alif.