BAGI pemain Call Of Duty Mobile yang bermain menerusi mod multiplayer, pemain hanya dibenarkan untuk mengguna satu senjata sahaja bagi setiap pusingan.
Namun menerusi mod terbaharu iaitu gun game, pemain dapat menukar senjata secara rawak dengan membunuh musuh.
Ia boleh diakses di bahagian multiplayer - featured dan terdapat pilihan antara free for all dan gun game.
Jom saksikan Bora bermain mod baharu ini untuk misi mendapat tempat pertama.