KAMI sajikan pelbagai kisah viral yang menjadi perhatian warganet minggu ini.
Kisah Mufti Wilayah Persekutuan melakukan lawatan mengejut ke Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehari sebelum perlawanan Malaysia-Indonesia dan menjumpai ‘sesuatu’ yang benar-benar menarik perhatian beliau.
Juga, kisah seorang gadis yang mengalami depresi gara-gara pemain sayap skuad Harimau Malaya, Akhyar Rashid.
Selain itu, kisah dua pemuda yang berputih mata selepas hasrat untuk melancong ke Korea Selatan tidak kesampaian gara-gara dihalang memasuki negara tersebut.
Turut dipaparkan kisah pemuda yang mengenakan blazer pelbagai warna untuk mencari jodoh di mana sosial pula mendapat kecaman netizen gara-gara kesan merah yang didakwa ‘love bite’.
Paling hangat dalam carta Top 5 Viral minggu ini adalah pengalaman pelik yang dialami seorang jurutera elektronik gara-gara terserempak dengan kereta Kelisa yang seakan-akan sama dengan kereta miliknya yang diisytiharkan ‘total lost’ lima tahun lalu.