SERING menjadi bahan kecaman warganet, Zizi Kirana tampil dengan single baharu Eh yang ditujukan khas kepada netizen yang gemar mengkritik di laman sosial.
Namun Zizi,34, memberitahu dia terkejut apabila muzik video kali ini kurang terima kecaman sebaliknya komen-komen positif pendengar di laman YouTube.
“Pendengar kali ini ramai yang positif kerana pak cik dan mak cik bawang sudah terbakar.
“Saya dan team memang buat lagu itu untuk sarcastic. Kalau mereka tak terasa lagi memang tak tahu macam mana lah,” ujarnya kepada mStar.
Dalam pada itu, Zizi tidak mempedulikan pandangan netizen yang beranggapan dia menyokong LGBT apabila menampilkan lelaki berperwatakkan wanita iaitu Viviana dalam klip video Eh.
“Saya tidak takut dilabel menyokong LGBT kerana mereka juga manusia, tak perlu dibeza-bezakan. Manusia bila-bila masa boleh berubah dan kita tidak perlu menghukum.”