PENGACARA terkenal Raja Azura mendedahkan bayaran yang tidak setimpal menjadi punca dia menolak tawaran berlakon hampir sembilan tahun.
Raja Azura yang lebih mesra disapa Kak Engku, 48, berkata, dia tidak menyangka kemunculan semulanya dalam dunia lakonan menerusi drama Jujurlah Nikahi Aku itu mendapat perhatian ramai gara-gara watak antagonis yang dibawanya.
“Saya malas! Dah tak kuasa nak berlakon kerana pembayaran kepada pelakon masa kini langsung tidak berbaloi kalau nak dibandingkan perbelanjaan yang perlukan untuk kos pakaian, petrol serta perbelanjaan makan.
“Kadang-kadang pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tak faham tentang kos-kos tersbut sehingga kami dikenakan cukai pendapatn yang tinggi.
“Namun drama ini mengubah segalanya, tak sangka pula adegan-adegan watak antagonis yang saya bawakan menjadi tular menjadi jualan,” kata Kak Engku kepada mStar.