PENYANYI Sophia Liana membidas komen sesetengah pihak yang menyuarakan rasa kurang senang dengan kemenangannya dalam program Dansa Dansing kerana dikatakan tidak versatil.
Sophia atau nama sebenarnya Sophiatul Liana Mohamed Sobri, 30, menjelaskan dia enggan berpura-pura menjadi individu lain kerana mahu mengekalkan penjenamaan dan imejnya sebagai seorang penyanyi rap wanita.
“Bukannya tak versatil, namun rasanya tak salah saya nak paparkan siapa diri saya sebenarnya. Biarlah saya kekalkan identiti sebagai penyanyi rap wanita.
“Mungkin orang gelar saya sebagai tidak versatil, namun apa kata suruh pengkritik tu cuba rap dulu kemudian baharu kutuk saya,” kata Sophia kepada mStar.