BAHARU sahaja dianugerahkan gelaran Fan Club Paling Ngam di Era Digital Muzik Awards (EDMA) pada Januari lalu, kini penyanyi Haqiem Rusli tercalon di Top 5 Anugerah Meletop Era 2020 bagi kategori Lagu Meletop dan Penyanyi Meletop.
Menurut Haqiem, 22, dia berterima kasih kepada kelab peminat yang banyak bertungkus lumus mengundi setiap hari.
“Saya tidak tahu nak cakap apa, hanya boleh berterima kasih buat peminat... doakan kejayaan saya.
“Saya selalu jumpa peminat di show... di situ tempat kami untuk rapat, berborak dan mengenali antara satu sama lain,” ujarnya kepada mStar.
Menerusi segmen What The! mStar memberi peluang kepada peminat untuk bertanya soalan kepada Haqiem melalui Instagram @mstaronlineofficial.
Jom kita tengok apa jawapan Haqiem!