PENYANYI Izzue Islam berkata dia meluangkan masa untuk melakukan pelbagai kerja rumah yang tidak dapat dilaksanakan sebelum ini kerana sibuk dengan kerja.
Cerita Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 30, dia menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April depan dengan membasuh kasut.
"Sebelum ini tak ada masa... jadi inilah masanya nak buat semua ni, basuh semua kasut yang ada. Kasut ada banyak, saya basuh sikit-sikit setiap hari.
"Selain itu saya juga mandikan kucing juga," katanya kepada mStar.