SUKA hatilah nak follow atau tidak seseorang itu di Instagram kerana persahabatan tidak harus dinilai melalui laman sosial.
Itu komen pelakon dan penyanyi Alvin Chong apabila menjawab persoalan apabila rakan baiknya iaitu Emma Maembong tidak lagi mengikutinya di laman Instagram.
“Emma memang dah lama unfollow semua orang, bagi saya itu adalah haknya. Persahabatan saya dan Emma tidak boleh di ambil kira berdasarkan laman sosial.
“Kami ada sahaja berhubung seperti biasa sebagai rakan, apa yang dia nak buat dalam talian adalah haknya. Tak semestinya kami tidak berkawan kalau dia tak follow saya pun,” kata Alvin kepada mStar.