TIBA bulan Ramadan, pasti ramai selebriti mengambil kesempatan menjalankan perniagaan di bazar Ramadan.
Salah seorang selebriti yang sibuk berniaga di bazar Ramadan tahun ini ialah Alif Satar.
Menerusi segmen #Bizibody, kita terjah gerai kepunyaan penyanyi dan pengacara ini yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.
Kata Alif, idea untuk menjalankan perniagaan sate ini timbul selepas dia teringat kenangan zaman kanak-kanak apabila namanya sering diejek Alif Satay.
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!