suria

Isteri Dwan Olan muntah darah, dedah 2 tahun derita sihir... Suami pula tunjuk perangai pelik

ISTERI kepada penyanyi Dwan Olan iaitu Zarina Anuar mendedahkan dia dan suaminya berdepan gangguan mistik dipercayai angkara perbuatan sihir individu yang kurang senang dengan mereka.

Menurut Zarina, 53, dia mula mengesan perkara ini sejak beberapa tahun lalu apabila melihat keadaan suaminya itu berbeza sehingga hubungan mereka menjadi dingin.

Lebih teruk lagi apabila Zarina memberitahu kesihatannya juga kurang baik dan sering mengalami batuk berdarah.

“Doktor pun tidak dapat kesan penyakit ni jadi saya rasa pelik sebab tak percaya sangat dengan gangguan mistik ni, bila bangun pun susah macam kena ikat dan badan pun rasa sakit sangat.

“Baru-baru ini saya ada berubat dengan seorang ustaz kemudian saya muntah dan batuk berdarah, saya sakit tapi abang Dwan okay pula... sebelum ini hubungan kami memang dingin asyik nak marah saja.

“Abang Dwan pun pelik dia makan pun tak macam normal, asyik tambah nasi dan roti canai sampai tiga keping seorang, tu yang tambah pelik sebab selalunya Dwan tak macam tu,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Dwan mengalami serangan angin ahmar pada tahun 2021 hingga menyebabkan lumpuh pada sebelah kiri badannya namun pada tahun 2024 tahap kesihatannya semakin pulih apabila mampu untuk menyanyi semula.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi