suria

Sebulan anak Amyza Aznan tidur duduk menahan sakit, tak sangka rupanya derita kanser

PELAKON Amyza Aznan sama sekali tidak menyedari anak lelakinya iaitu Andre Mikhail, 19, telah menanggung sakit sejak tiga bulan lalu.

Amyza, bagaimanapun berkata dia mula mengesan tahap kesihatan anaknya itu kurang baik selepas Andre mengadu sesak nafas dan lebih selesa tidur dalam keadaan duduk.

“Rupanya dia sudah menahan sakit selama sebulan lebih dan tidur secara duduk selama sebulan juga, hari-hari saya ada kerja jadi bila balik Andre sudah tidur dan tak perasan sangat dia sakit waktu tu.

“Kejadiannya bermula apabila saya balik malam tu dan buka pintu rumah kemudian satu rumah bau minyak angin, mulanya ingat sakit otot... dekat sebulan guna minyak tu, kemudian adik dia bongsunya iaitu Adrian beritahu yang abang dia tidur duduk sekarang ni.

“Jadi bila tahu perkara tu hati saya mula tak sedap dan rasakan mesti ada sesuatu sebab melibatkan paru-paru, kemudian Andre dibawa ke Hospital Ampang,” kata Amyza Aznan kepada mStar.

Sementara itu, Amyza memberitahu setelah tiga minggu mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, Selangor,  akhirnya Andre telah dipindahkan ke Hopital Kuala Lumpur bagi mendapat rawatan pakar selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga dan perlu menjalani kimoterapi selama lima hari.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi