ISTIMEWA Flashback sempena Aidilfitri kali ini mengenang kembali perjalanan seorang figura hebat iaitu pelakon Lando Zawawi sewaktu awal kemunculan dalam industri seni pada tahun 2002.
Sebelum namanya menyinar, Lando atau Azlan Sani Zawawi, 50, memberitahu dia pernah bekerja di stesen minyak meskipun ketika itu sudah membintangi filem Janji Diana.
Kata Lando, dia terpaksa mengambil tawaran tersebut memandangkan kewangannya ketika itu sebagai artis belum cukup stabil.
“Waktu bermula jadi artis bukannya senang sangat gaji pun berapa saja ketika itu, saya terpaksa jujur dengan keluarga yang pendapatan saya tidak banyak walaupun muka selalu keluar televisyen.
“Saya pernah kerja sambilan di malam raya di stesen minyak Petronas di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur masa awal jadi artis dulu, waktu tu filem lakonan saya Janji Diana sedang meletop dan watak saya sebagai Lando orang mula kenal.
“Saya kerja sebagai juruwang, sapu-sapu dan cuci tandas sebab masa tu mereka bayar saya gaji tiga kali ganda, lagipun pemilik stesen minyak tu kawan saya jadi senang,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH FLASHBACK YANG DISEDIAKAN MSTAR INI