suria

Fokus besarkan anak, Mawar Rashid cuma ambil satu tawaran drama sahaja tahun ini

DRAMA Nikmat Yang Sesaat merupakan projek terakhir melibatkan pelakon Mawar Rashid pada tahun ini. 

Menurut Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 30, dia membuat keputusan itu kerana mahu memberikan fokus sepenuhnya membesarkan anak-anak. 

“Selepas habis penggambaran drama ini, saya memang mahu berikan fokus kepada anak-anak sahaja. Saya juga berkemungkinan tidak lagi ambil sebarang tawaran untuk tahun ini lagi dan akan bersambung semula tahun depan. 

“Bagi saya, anak sangat perlukan ibu bapa sewaktu kecil mereka dan saya mahu mereka membesar di depan mata saya. Saya punya tugas sekarang ini mahu melihat mereka membesar dengan baik,” katanya kepada mStar

Mawar berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sesi fotografi drama Nikmat Yang Sesaat di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Drama mengenai kehidupan ‘Sugar Baby’ itu turut dilakonkan oleh Fadlan Hazim, Arash Mohamad dan Sherry Ibrahim. 

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi