ISTIMEWA #Bizibody kali ini, mStar terjah pelakon baharu iaitu Zarif Ghazzi di persekitaran rumahnya ketika dia dalam perjalanan ke gimnasium.
Selain bercerita mengenai rutin hariannya melakukan senaman di gim, Zarif, 21, juga berkongsi mengenai kehidupan awal dan pekerjaannya sebelum bergelar pelakon.
Dalam masa sama, mStar juga sempat menyelongkar beg yang dibawa dan menemui pelbagai barangan termasuklah serpihan tali jam yang terputus ketika babak bergelut bersama Nazrief Nazri dalam drama lakonan mereka berjudul Seribu Tahun.
Zarif juga sempat bercerita mengenai impak watak Dr Fakhrul yang dibawa dalam drama tersebut dalam kehidupan peribadinya.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI