PERSONALITI media sosial dikenali sebagai Awie MBR meluahkan rasa kecewa atas tindakan dilakukan oleh sahabatnya iaitu CEO Batu yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja bawah umur.
Terkejut mendengar berita berkenaan, Awie Mbr atau Mohammad Badrul Ridzuan, 30, berkata sepanjang mengenali CEO Batu, lelaki itu seorang yang baik hati dan disenangi ramai.
“Mula-mulanya memang tak perasaan sangat tu dia tapi bila ingat balik rupanya dia (CEO Batu) pernah menjadi pelanggan saya beli baju pada tahun 2018 dan ketika itu dia sekolah tingkatan 4.
“Terkejut dan kecewa bila dapat tahu perkara ini sebab CEO Batu ni bukan jenis ambil tahu mengenai orang lain, kalau buat content pun mengenai diri dia saja,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI