suria

Angah bengang penyanyi baharu kutuk lagu ciptaan, burukkan nama depan komposer lain

GITARIS Projector Band iaitu Angah kecewa dengan tindakan seorang penyanyi baharu apabila didakwa sengaja memburuk-burukkan nama dan hasil karya ciptaannya.

Bukan itu sahaja, Angah atau Razif Zainuddin, 32, turut mendakwa penyanyi berkenaan juga bertindak membandingkan hasil kerjanya dengan komposer muzik lain.

Justeru itu, Angah membuat keputusan untuk menyelidik terlebih dahulu mana-mana artis baharu yang mahu menjalinkan kerjasama selepas ini.

“Jangan la datang beria dengan saya minta hasilkan lagu kemudian bila jumpa komposer lain terus bandingkan lagu saya dengan komposer tu.

“Kalau rasa saya tak boleh hasilkan lagu macam tu jadi tak perlu jumpa saya dan tak perlu cakap belakang sebab perkara ni sampai ke telinga saya malah komposer tu pun saya kenal.

“Perangai macam ni memang tak lama la dalam industri muzik, kalau boleh sebelum nak jumpa mana-mana komposer sila selidik dulu hasil karya mereka kemudian baru buat keputusan,” katanya kepada mStar

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi