suria

Adam Shahz dah hilang sabar, terpaksa bersuara tuntut bayaran... Bagi tempoh tiga bulan

PELAKON Adam Shahz meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila sebuah syarikat produksi filem didakwa tidak menunaikan janji untuk melunaskan pembayaran kepadanya selepas tamat penggambaran.

Kata Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 44, produksi berkenaan mengambil sikap sambil lewa berhubung isu pembayaran itu.

“Perkara ni saya terpaksa timbulkan sebab bila krew produksi bersuara macam tiada apa-apa berlaku tapi bila pelakon bersuara baru nampak ada tindakan.

“Bila satu benda tak ikut seperti dicatatkan dalam kontrak jadi macam langgar perjanjian kontrak dan melibatkan pembayaran… bukan berlaku kepada saya, rakan artis saja tapi semua krew.

“Cara saya mungkin nampak kasar tapi kalau bercakap lembut memang tiada apa-apa, semua pembayaran belum dilunaskan dan cecah puluhan ribu ringgit malah pihak sana (produksi) minta tangguh untuk lunaskan selama tiga bulan,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Adam selesai menyertai kursus asas Angkatan Pertahanan Awam (APM) Siri 1 Briged Seni Kreatif di Langkawi, Kedah yang turut disertai oleh beberapa selebriti iaitu pelakon Raja Afiq, Soffwany dan Adam Shadan.

Kursus yang berlangsung selama 2 hari bermula 4 hingga 5 Julai 2025 menerapkan asas pertahanan awam seperti menyelamat, berkawad, pertolongan cemas, melawan kebakaran dan pengurusan bencana.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi