DILIHAT terlalu akrab dan mesra dengan pembantu peribadi, personaliti media sosial Boss James didakwa sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan pekerjanya dikenali sebagai Anne.
Menjawab gosip itu, James, 33, menjelaskan mereka tiada sebarang hubungan istimewa dan hanyalah berkaitan urusan pekerjaan.
Malah, James tidak menafikan persahabatan yang terjalin itu membuatkan orang ramai salah faham mengenai perkongsian tersebut.
“Saya rasa mungkin pengikut di media sosial ada yang salah faham ni, saya dan Anne memang agak rapat malah pekerja lain juga sama saja.
“Tapi Anne lebih rapat dengan saya sebab Anne berkhidmat dengan sudah lima tahun jadi saya nak tegaskan bahawa tiada hubungan istimewa malah Anne bukan pasangan saya.
“Ya saya memang saya Anne dan juga pekerja lain tapi jangan salah faham perkongsian di media sosial tu hanya sekadar suka-suka, lagipun Anne sudah ada kekasih,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI