PADA minggu ini, Vodcast Kenot Brain menampilkan pelakon Sofia Jane yang juga antara Top 5 calon Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34).
Menerusi sembang podcast kali ini, Sofia, 53, berkongsi pandangannya bahawa FFM bukanlah medan untuk pelakon berlumba merebut kemenangan, sebaliknya satu platform bagi meraikan industri perfileman tanah air.
Dalam masa sama, Sofia turut memberikan pandangan jujur dan matang mengenai keadaan semasa industri filem negara serta cabaran yang dihadapi oleh para penggiat seni.
Pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsikan Hun dalam episod podcast kali ini.
TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































