PELAKON Nora Danish mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung dakwaan kononnya dia sedang menjalin hubungan cinta dengan perunding kewangan, Mickey Ayo.
Menurut Nora, 43, masih terlalu awal untuk dia mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan enggan tergesa-gesa mendedahkan hal peribadi kepada umum.
"Saya fikir masih terlalu awal untuk kami komen lebih lanjut. Insya-Allah, kalau ada apa-apa yang baik dan perlu dikongsi, kami akan beritahu perkara itu," katanya kepada mStar.
Nora memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa program Amber Allstar Picklebash pada Khamis.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































