ISU bayaran bagi menuntut ilmu agama, pendakwah bebas PU Amin berpendapat perkara tersebut tidak menjadi masalah sekiranya ia bermanfaat ke arah kebaikan.
Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim, 35, bagaimanapun mengakui berasa khuatir sekiranya pendekatan itu disalahgunakan demi kepentingan peribadi.
“Bagi saya, ia tidak jadi masalah sekiranya perkara itu ada manfaatnya. Ia juga merupakan aura baru yang positif untuk orang fokus belajar sebab dewan yang selesa, ada makanan, hadiah dan pelbagai lagi.
“Kalau kursus lain boleh dibayar, tidak ada masalah untuk kelas agama ini untuk dikenakan caj. Asalkan, ia digunakan ke arah yang positif,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































