suria

Caj satu sesi kelas mengaji RM300, Zul Huzaimy tegur guru agama ambil kesempatan

PELAKON Zul Huzaimy meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir individu bergelar guru agama yang didakwa mengenakan caj terlalu tinggi bagi perkhidmatan mengajar mengaji.

Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 48, berkata dia sendiri pernah diminta membayar sehingga RM300 bagi satu sesi kelas mengaji.

Walaupun merasakan jumlah tersebut agak mahal, Zul terpaksa akur memandangkan ketika itu dia benar-benar memerlukan bimbingan berkenaan.

“Sekarang ini, satu sesi mengaji harganya sebanyak RM300. Selagi kita tak bayar, selagi itulah kelas mengaji tidak akan berjalan. Disebabkan saya memang mahukan kelas itu, memang kena bayar.

“Dan lagi satu, sebagai ibu bapa, kenapa kita nak hantar anak-anak belajar agama dekat ustaz? Sepatutnya kita yang ajar mereka. Kita yang kena ada ilmu dan kemudiannya ajar anak-anak,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi