suria

Aidilfitri tanpa insan tersayang, Syamel rindu kenangan bersama arwah ibu

PENYANYI Syamel mengakui setiap kali menyambut Aidilfitri dia tetap akan diselubungi rasa hiba apabila mengenangkan arwah ibunya yang telah meninggal dunia.

Menurut Syamel atau Syamel Aqmal Mohd Fodzly, 33, setiap kali tiba bulan Ramadan dan Syawal, kenangan bersama arwah ibunya pasti akan kembali bermain di fikiran.

“Kalau cakap tentang raya memang tak boleh lari daripada kenangan dengan orang yang kita sayang. Lagi menyedihkan bila insan ini sudah tiada bersama kita.

“Bila Ramadan pun dah terasa sunyi, apatah lagi bila hari raya. Lagi kuat rasa rindu itu,” katanya.

Dalam masa sama, Syamel berkata dia bersyukur kerana masih dikelilingi keluarga yang saling memberi semangat untuk melalui fasa kehilangan tersebut.

Tambahnya, walaupun ibunya sudah tiada, segala ajaran dan ilmu yang diberikan akan terus menjadi panduan dalam kehidupannya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi