suria

Tak pernah berkira bab makan, kisah bapa jamu tetamu ini buat ramai tersentuh... “Dia sudah kumpul duit sejak awal Ramadan”

RUTIN menjamu tetamu sudah menjadi tradisi dalam keluarga wanita ini, apatah lagi bapanya seorang yang cukup pemurah apabila melibatkan soal makanan.

Menurut Nur Fatin Qurratu Aini, 30, bapanya, Zainal Zainuddin, sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan setiap tetamu yang hadir ke rumah dijamu dengan sempurna.

Malah, kata Fatin, bapanya tidak kisah untuk keluar sendiri membeli barang dapur dan memasak.

“Setiap tahun kami memang akan adakan jamuan raya dan siap jemput anak-anak yatim. Selepas buat jamuan di rumah, abah akan sambung pula di kedai makan miliknya.

“Abah memang suka masak dalam kuantiti yang banyak. Bagi dia, lebih baik makanan banyak daripada tak cukup untuk tetamu.

“Ada masanya dia akan senyap-senyap ke pasar dan masak sendiri bila tahu ada orang nak datang,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Fatin berkata sambutan jamuan pada tahun ini memberi makna yang lebih mendalam buat dirinya sekeluarga.

Katanya, dia berasa sebak apabila mengetahui pengorbanan sebenar bapanya dalam memastikan tradisi tersebut terus berlangsung seperti biasa.

“Jamuan tahun ini agak menyentuh hati sebab saya baru tahu abah sebenarnya kumpul duit dari awal Ramadan lagi.

“Rupanya perniagaan dia agak perlahan, tapi disebabkan dah jadi rutin setiap tahun, dia tetap berusaha simpan sedikit demi sedikit.

“Kami adik-beradik ada juga hulurkan duit, tapi abah tak pernah beritahu bajet sebenarnya tak cukup. Dia diam saja dan kumpul sendiri sampai cukup,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi