suria

Hubungan Fendy dan Azmi Caliph Busker kembali pulih selepas setahun tak bertegur... Sedia kolaborasi bersama

SELEPAS lebih setahun membawa haluan sendiri, bekas pemain dram Caliph Busker iaitu Fendy Adlun akhirnya kembali berbaik dengan anggota kumpulan berkenaan.

Fendy, 35, berkata hubungan mereka kembali pulih selepas dia secara tidak sengaja bertemu dengan pengurus kumpulan itu ketika sedang membuat persembahan busking di sebuah bazar tahun lalu.

“Saya tengah busking di bazar masa itu, tiba-tiba pengurus datang dengan Azmi dan dia bagi salam.

“Memang saya terkejut sebab dah lebih setahun kami tak bercakap. Lepas dia tegur saya kemudian tegur Azmi dan yang lain juga. Dari situ mereka mula mesej saya dan kami berhubung semula,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Fendy berkata dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap anggota kumpulan berkenaan kerana terlalu banyak kenangan manis pernah dilalui bersama.

Malah, dia lebih mengenang detik susah senang mereka ketika menjayakan persembahan berbanding mengingati perselisihan yang berlaku.

“Saya dalam Caliph Busker digelar Google Busker sebab saya ingat semua bendam, ‘show’ dekat mana, tayar pecah, van terbenam dalam pasir, semua itu saya ingat jadi bila jumpa balik kami tak fikir pun pasal gaduh, kami lebih ingat kenangan lama dan terus rasa biasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fendy memberitahu dia terbuka untuk kembali bekerjasama dengan Caliph Busker sekiranya ada projek yang bersesuaian.

 

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi