suria

Kodi Rasheed kenal rapat Que Haidar dan Linda, terkejut timbul dakwaan tak benar

PELAKON Kodi Rasheed terkejut apabila timbul dakwaan mengaitkan aktor Que Haidar dengan hubungan songsang.

Kodi atau nama sebenarnya Muhammad Shazmeer Mohd Rasheed, 36, berkata dia tidak pernah melihat sebarang perkara mencurigakan sepanjang mengenali Que dan bekas isteri iaitu Linda Jasmine.

“Tak mungkinlah sebab saya dah lama kenal cikgu-cikgu saya ini.

“Saya tak pernah nampak perkara pelik atau kalau saya keluar berdua dengan abang pun tiada pula yang mencurigakan.

“Saya memang terkejut bila dengar benda itu sebab cikgu-cikgu saya bukan perangai macam itu,” katanya.

Sementara itu, Kodi turut meminta orang ramai dan netizen agar tidak terus membuat andaian atau menyebarkan spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.

Dalam perkembangan lain Kodi bakal muncul dalam sebuah filem berjudul Libang Libu yang bakal ditayangkan pada 23 April ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi