suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh satu kampung gara-gara kerbau korban, Mamat Sepah imbau kenangan sambut Aidiladha

PELAWAK Mamat Sepah berkongsikan pengalaman sewaktu awal menjadi selebriti, dia pernah membeli seekor kerbau untuk dijadikan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Mamat atau Mohd Noor Murad, 41, memberitahu idea membeli kerbau itu tercetus selepas dia mendapat cadangan daripada kakaknya yang memintanya untuk membeli haiwan berkenaan.

Tambah Mamat, kerbau itu dibeli hasil daripada duit lakonan drama pertamanya iaitu Sepah Lalalitamplom bersama kumpulan Sepah sekitar tahun 2010.

“Aidiladha ini kita tahu tentang pengorbanan walaupun raya tidak semeriah Aidilfitri tapi membawa sejuta makna kepada semua orang terutama mengenai pergorbanan dekat dunia ini.

“Saya pernah ada pengalaman waktu mula-mula jadi artis dulu, saya beli kerbau untuk dijadikan korban pada raya Haji dan duit beli tu hasil daripada berlakon drama pertama iaitu Sepah Lalalitamplom.

“Waktu beli tu memang kecoh satu kampung di Kulai, Johor sebab jarang dibuat orang beli kerbau jadi korban, idea beli ni bermula daripada kakak saya cakap harga kerbau waktu tu murah dalam RM1,500 jadi terus beli gunakan duit lakonan tu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi