suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amy Search dakwa pernah kena sihir, takut naik pentas dan benci menyanyi

PENYANYI Datuk Amy Search mendedahkan dia pernah berdepan gangguan emosi yang didakwa berpunca daripada perbuatan sihir sehingga menyebabkan dirinya hilang minat untuk menyanyi dan membuat persembahan.

Menurut Amy atau Suhaimi Abdul Rahman, 68, keadaan itu bukan sahaja membuatkan dia berasa takut untuk tampil di pentas, malah timbul perasaan benci terhadap kerjaya yang sudah sebati dengan dirinya sejak sekian lama.

"Saya pernah laluinya, berapa tahun saya tak boleh menyanyi. Rasa takut bila nak pergi show, macam tak suka dan rasa benci.

"Pertama kali saya kena tu saya macam tak tahu nak menyanyi macam mana. Saya bukan gemuruh pentas (stage fright) tapi memang rasa tak nak pergi buat show sebab tak suka," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Amy berkata dia kemudian mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat daripada seorang pengamal agama bagi membantu mengatasi masalah yang dihadapinya.

Menurutnya, proses pemulihan mengambil masa yang agak lama sebelum dia kembali pulih dan mampu meneruskan kerjaya seperti biasa.

"Saya jumpa ustaz dan bagitahu apa masalah saya hadapi dan ambil masa lama juga sebelum saya pulih," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi