SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemukan mati lemas selepas mengikuti kelas renang pada 25 Mac lalu.Mangsa, dikenali sebagai Mon, ditemukan tidak sedarkan diri di dasar kolam renang sekolah, kira-kira pukul 4 petang. Menurut nenek mangsa, Nattaporn, 51, dia mula bimbang selepas kanak-kanak itu tidak muncul ketika dijemput pulang dari sekolah.Nattaporn bersama rakan-rakan Mon melakukan pencarian di kawasan sekolah sebelum menemukan beberapa barangan milik mangsa.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki umur 21 tahun mati lemas dalam kolam renang, saksi nampak mangsa tenggelamPencarian kemudiannya diteruskan sehingga mereka mengesan tubuh Mon yang sudah kaku di dasar kolam renang sekolah itu.Seorang jurulatih segera memberikan bantuan pernafasan, namun denyut nadinya lemah sebelum Mon disahkan meninggal dunia di hospital.Keluarga menolak tawaran pampasan daripada pihak sekolah dan menuntut penjelasan serta siasatan menyeluruh bagi mengetahui punca kematian Mon.Pihak sekolah mengeluarkan kenyataan rasmi, menyatakan akan bekerjasama dalam siasatan dan meningkatkan langkah keselamatan.Kejadian itu berlaku di sebuah sekolah di Bangkok, Thailand. -Agensi