suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas Jatuh Gaung Sedalam 1 Kilometer, 16 Maut

LIMA: Seramai 16 penumpang sebuah bas maut selepas kenderaan itu terjunam sedalam 1,000 meter ke dalam cerun pergunungan di tenggara Peru.

Ketika kejadian, bas milik Sanchez Line itu dilapor menggunakan jalan yang menghubungkan bandar-bandar di Nazca dan Puquio dalam wilayah  Ayacucho, kata Ketua Polis Lebuhraya, Orfiles Bravo kepada radio RPP.

"Secara tiba-tiba bas tersebut terbabas dari jalan dan jatuh sedalam 1,000 meter.Terdapat 16 penumpang terbunuh manakala 49 lagi cedera," katanya.

Sebelum ini laporan menyatakan 12 penumpang terkorban dan 20 lagi cedera.

Bravo berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat kerana sesetengah mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Satu laporan polis menyatakan usaha menyelamat mangsa telah terjejas kerana hujun lebat melanda kawasan itu.

Terdahulu, 37 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 70 cedera dalam pertembungan kenderaan di laluan yang sama pada minggu lalu.

Kemalangan maut merupakan perkara biasa di kawasan Peru dan awal tahun lalu, 1,406 orang direkodkan terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Angka kematian sepanjang tahun meningkat dari 3,590 pada 2013 kepada 4,138 pada 2012.

Peru, Lima

Artikel Sebelum

Artikel Lain